Gerakan Eko-Perniagaan Madani
Program strategik pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama bersepadu
Apakah itu GEMA?
Penerangan Logo
- Separuh bulatan berjalur biru mewakili gema, mencerminkan sasaran DPMM untuk melahirkan 1,000 usahawan Melayu bertaraf dunia
- Suku bulatan biru menggambarkan keazaman DPMM untuk menguasai kekuatan ekonomi
- Bulatan kecil dengan logo DPMM mewakili pengasas program
- Warna biru melambangkan perpaduan dan kebijaksanaan
GERAKAN
Satu gerakan praktikal dan menyeluruh yang berteraskan hak-hak Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan. Menyatupadukan pelbagai kumpulan Bumiputera untuk membina kekuatan ekonomi yang mampan.
EKO-PERNIAGAAN
Menguasai ekosistem perniagaan secara menyeluruh, termasuk mengawal rantaian bekalan melalui konsortium dan sistem pembiayaan patuh syariah.
MADANI
Pertumbuhan ekonomi yang adil, mampan, dan inklusif. "MA" mewakili Malaysia, Melayu, atau Merdeka sebagai simbol semangat kebangsaan.
Langkah-langkah Menjayakan GEMA 2025
SLOT PEMBENTANGAN GEMA DAN SOKONGAN DARIPADA YAB PERDANA MENTERI
(MEI 2024)
YAB PM MERASMIKAN MAJLIS PELANCARAN GEMA 2025
(14 APRIL 2025)
PEMBENTANGAN PELAN TINDAKAN GEMA BERSAMA MOF
(15 JULAI 2025)
Peranan DPMM Melalui Program GEMA
Menyokong semua dasar & aspirasi kerajaan seperti Ekonomi MADANI, PuTERA35, Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), NETR, NIMP, dan lain-lain.
Menyatukan lebih 500,000 usahawan Melayu daripada 200 organisasi untuk membentuk Gerakan Eko-Perniagaan Madani.
Memanfaatkan rangkaian perniagaan dalam NCCIM untuk menarik pelabur domestik dan asing.
Bertindak sebagai penghubung dua hala antara kerajaan dan usahawan melalui PEMUDAH dan Konsortium DPMM.